Majlis Perasmian Seminar Heart of Borneo (HoB) 2023: Saintifik Ekspedisi Gerenai-Long Mekaba

2025-09-25
12 Oktober 2023
Majlis Perasmian Seminar Heart of Borneo (HoB) 2023: Saintifik Ekspedisi Gerenai-Long Mekaba disempurnakan oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak anjuran Jabatan Hutan Sarawak di The Waterfront Hotel Kuching pagi tadi.
Turut hadir ialah YBhg Datu Haji Hamden bin Hj Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, YBhg. Datu Sherrina binti Hussaini, Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Tuan Hj Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan (Pengurusan Hutan) Tuan Semilan Ripot, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation, Tuan Haji Zolkipli Mohamad Aton, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta serta pemimpin-pemimpin masyarakat daripada kawasan Baram.
Seminar ini bertemakan “Exploring the Hinterland of North-Eastern Sarawak” merupakan kesinambungan daripada Ekspedisi Saintifik Gerenai-Long Mekaba yang telah diadakan pada September 2022 yang bertujuan bagi berkongsi data biodiversiti untuk menyokong pelan pemuliharaan dan pengurusan Gerenai FMU dan untuk meningkatkan rangkaian dan kerjasama dengan pihak berkepentingan, agensi, universiti dan jabatan yang berkaitan. 16 kertas penyelidikan akan dibentangkan merangkumi flora, fauna, kulat, dan kualiti air di kawasan Gerenai-Long Mekaba. Seminar ini berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 12 hingga 13 Oktober 2023. Seramai 200 orang peserta hadir ke seminar ini.


Newsletter

Subscribe


Operating Hours


Monday -Thursday

8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Friday

8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm


Forest Department Sarawak Headquarters


Level 15, East Wing,

Bangunan Baitul Makmur II,

Medan Raya, Petra Jaya,

93050 Kuching, Sarawak

Tel: 082-495 111

Fax: 082-495 200

Email: webmaster[at]forestry.sarawak.gov.my