Majlis Rasmi Penyerahan Siap Projek, Kampung Serasot, Jagoi Bau
2026-02-16
Turut hadir adalah Penghulu Kawasan Jagoi, Tuan Sumi, Ketua-ketua masyarakat dari Kampung Serasot dan Kampung Rumih, Bau serta AJK-AJK dari kedua-dua kampung tersebut. EF Asan Odau mewakili Ketua Bahagian Perhutanan Sosial serta pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak. Sebelum Penyerahan Siap Projek, lawatan ke tapak struktur Pondok Rehat diadakan dan dihadiri Pegawai Daerah Bau, Tuan Eddy Nayoi. Acara Penyerahan anak-anak pokok sebanyak 260 batang turut diagihkan kepada kampung-kampung yang terlibat.



