Mesyuarat Penyelarasan Projek Fizikal Heart of Borneo (HoB) Fasa III : Projek Pembangunan Galeri Pusat Interpretasi HoB Sarawak, Kayangeran, Lawas.
2026-02-05
Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan mesyuarat tersebut di bilik mesyuarat Galeri Pusat Interpretasi HoB Sarawak, Kayangeran, Lawas yang telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa , Hjh Mohizah bt Hj Mohamad. Turut dihadiri oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak Bahagian Limbang, Sekretariat Heart of Borneo Sarawak serta ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Galeri Pusat Interpretasi HoB Sarawak Kayangeran Lawas yang diketuai oleh Hjh Mohizah bt Hj Mohamad. Pihak kontraktor pula dihadiri oleh wakil syarikat, A.R Builder Construction. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk mendengar pembentangan pihak JKR dan kontraktor bagi menyemak hasil susun atur, pencirian dan penilaian galeri Pusat Interpretasi yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR dan kontraktor.




